Fahami maksud kalam Allah jika mahu berjaya

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Hayati al-Quran dan isi kandungannya yang mahu disampaikan Allah S.W.T kepada manusia, itulah pegangan membantu Nur Zawani Mardhiah Zainal, 18,  menghafal 30 juzuk kitab suci itu.

Selain itu dia juga cemerlang dalam Sijil Tahfiz Malaysa (STM) dan memperoleh keputusan membanggakan 8A pada Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar ini bersyukur dengan kejayaan dicapai dan menganggapnya sebagai rezeki daripada Allah kerana tidak pernah terfikir untuk bergelar hafizah.

Hafizah berjiwa besar ini ketika berkongsi kejayaannya berkata, mengikut pengajian al-Quran di SBPI Selandar bermula dari Tingkatan Satu bukan fokusnya yang utama sebelum ini.

“Saya dan rakan lain adalah kumpulan pertama yang mengkuti Program Huffaz di SBPI Selandar, jadi kami tidak ada senior sebagai tempat rujukan, semunya adalah hasil bimbingan guru.

“Alhamdulillah saya khatam al-Quran ketika berada di Tingkatan Empat. Kejayaan ini juga adalah hasil disiplin, mengikut jadual secara konsisten seperti diatur pihak sekolah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang STPM dan Huffaz Kerajaan Negeri Melaka 2021, di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Nur Zawani antara 140 huffaz cemerlang diraikan pada majlis itu kini sedang mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Londang dalam bidang Sains Hayat kerana mahu memburu impian untuk bergelar ahli farmasi selepas ini.

Katanya, menghafaz al-Quran bukanlah perkara yang mudah namun kerana memerlukan tumpuan mendalam selain memahami setiap ayat yang disampaikan dalam kalam Allah itu.

Sebelum ini bermula jam 9.30 pagi dia bersama rakan sekelas akan menghafaz al-Quran, diikuti ulang kaji pelajaran sehingga jam 4.30 petang dan secara purata seminggu akan menghafaz sekurang-kurangnya setengah juzuk.

“Pernah saya berasa hampir putus asa, namun saya ikhlaskan hati sebab ini rezeki Allah kepada saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3220
Kongsi :
Previous post SMK Pulau Sebang lahir pelajar ‘Top 10’ STPM Malaysia
Next post Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bermula di Melaka hari ini
Ubah saiz-+=