Fidyah: 811 pelajar B40 terima sumbangan wang saku

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

PENGKALAN BATU 17 Mac – Sempena Ramadan bulan penuh keberkatan, pelajar Institutusi Pengajian Tinggi (IPT) swasta turut tidak ketinggalan menerima sumbangan oleh Kerajaan Negeri.

Menerusi inisiatif agihan Hasil Manfaat Fidyah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, seramai 811 pelajar terdiri daripada lima IPT terpilih di negeri ini telah menerima manfaat berkenaan.

Beliau berkata, inisiatif yang diperkenalkan tahun lalu merupakan inisiatif sulung bagi melebarkan instrumen fidyah di negeri ini kepada golongan memerlukan terutama pelajar yang berlatar belakangkan keluarga kumpulan B40.

“Seramai 811 pelajar akan menerima agihan ini di mana bantuan berbentuk wang saku ‘one-off’ akan diagihkan sebanyak RM200 seorang.

“Tahun ini sebanyak lima buat IPT telah dipilih menerima inisiatif ini iaitu Politeknik Melaka, Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Kolej Profesional Mara Bandar Melaka, MiCoST dan Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA).

“Keseluruhan daripada fidyah yang disampaikan ini telah melibatkan sumbangan berjumlah RM162,000 dan kita berharap bantuan seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang sekali gus dapat meringankan bebanan dalam mereka meraikan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Iftar Jamaie Mega Sempena Bulan Pelancongan Islam dan Program Ihya’ Ramadan 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Dataran Masjid Al Azim, di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya, Datul Wira Abdul Razak Abdul Rahman; serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

615
Kongsi :
Previous post IHTIRAM: 100 imam Hafiz Tarawih Ramadan ditempatkan di masjid, surau Melaka
Next post Ops BADIL MBMB ‘bedil’ bazar Ramadan kotor
Ubah saiz-+=