Gadis tawar baiki telefon bimbit mangsa banjir percuma

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

KUALA SUNGAI BARU 14 Jan – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Masjid Tanah dan Alor Gajah baru-baru ini, seorang gadis menawarkan perkhidmatan membaik pulih telefon bimbit secara percuma.

Syeedah Fazreen Muhammad Said, 21 yang juga memiliki kedai telefon bimbit di Kampung Tanjung Dahan berkata, dia merasa terpanggil berbuat demikian kerana merasakan perlu berbuat sesuatu bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

Menurunya, mangsa banjir yang kerosakkan telefon bimbit boleh hubungi pihaknya untuk dibaiki atau menghantarnya ke kedai iaitu Han Fix Gadget yang terletak kira-kira 50 meter dengan Akademi Laut Malaysia (ALAM).

“Saya menawarkan khidmat `chemical cleaning’ percuma kepada mangsa banjir yang mempunyai telefon bimbit mereka yang dimasuki air dimana caj biasa dikenakan sekitar RM40 hingga RM80.

“Bagi kerosakan ini, amat penting dilakukan `chemical cleaning’ ini demi menyelamatkan hayat telefon pintar yang sebenarnya masih boleh digunakan walau terendam dengan air atau cecair lain.

“Jadi, pengguna boleh jimat 80 peratus dengan membuat `chemical cleaning’ daripada menggantikan telefon bimbit baharu,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI).

Syeedah Fazreen Muhammad Said, 21 menawarkan perkhidmatan baiki telefon bimbit percuma

Katanya, dia menawarkan khidmat percuma itu kerana simpati dengan musibah menimpa mangsa banjir yang kehilangan harta benda terutama telefon bimbit yang sememangnya penting dalam kegunaan harian.

Ujar Syeedah, kebanyakan pengguna telefon bimbit yang dimasuki air akan bertindak membuang telefon tersebut kerana merasakan ia sudah rosak dan perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membaiki kerosakan atau membeli telefon yang baharu.

“Sudahlah rumah dan harta benda lain rosak dan musnah akibat banjir, mangsa banjir pula terpaksa mengeluarkan belanja untuk beli telefon bimbit yang baharu pula.

“Atas rasa simpati itulah, saya tampil menawarkan khidmat baiki percuma ini kepada mangsa banjir yang terkesan dalam musibah banjir baru-baru ini,” katanya.

Dia yang berkelulusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memperolehi pengalaman membaiki telefon secara bersemuka sewaktu bekerja sambilan di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1647
Kongsi :
Previous post Pendengaran dalam talian kekal sebahagian sistem kehakiman – Ketua Hakim Negara
Next post Kajian kebarangkalian banjir akan diutamakan dalam pembangunan projek PR1MA
Ubah saiz-+=