
Gajah liar ancam keselamatan penduduk Kampung Lebur Jaya
GUA MUSANG, 3 Feb – Kehadiran seekor gajah liar menimbulkan kegusaran kepada lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, di sini apabila haiwan liar itu semakin kerap muncul di kawasan perkampungan mereka sejak dua minggu lepas.
Seorang penduduk, Anuar Mustapha, 47, berkata mamalia tersebut dipercayai masuk ke kampung pada lewat petang setiap hari, malah ada kalanya dua kali pada hari yang sama.
“Khamis lepas ketika saya sedang mengopek kelapa, gajah tersebut meluru ke arah saya dari arah hutan dan berlegar-legar hampir 30 minit di kawasan rumah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
Bagi, Norhayati Ibrahim, 47, pengalaman pertama kali menyaksikan gajah liar di depan mata cukup menggerunkannya.
“Semasa membuka pintu dapur untuk membuang sampah di belakang rumah, saya terkejut melihat seekor gajah berada di kawasan itu. Saya segera memaklumkan kepada orang kampung untuk menghalaunya masuk semula ke hutan,” katanya.
Ibrahim Hassan, 71, pula berharap pihak berwajib segera mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang gajah liar itu akan mengancam keselamatan dan nyawa penduduk setempat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LIMA AGENDA PERKUKUH EKOSISTEM DATA RAYA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 11 November - Kerajaan Negeri menggariskan lima agenda utama bagi memperkukuh ekosistem Data Raya negeri, termasuk memperluas penggunaan...
RISDA PERKUKUH PERANAN PEMBELI UTAMA, HARGA GETAH CECAH RM5.88 SEKILOGRAM
TABOH NANING 11 November - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memperkukuh peranannya sebagai pembeli utama (anchor...
PRN MELAKA: HAKIM GANDAKAN LANGKAH, SERU PENGUNDI LUAR PULANG MENGUNDI
LENDU 11 November - Berbaki dua hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimanfaatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi...
PRN MELAKA: BIRU BN MASIH MENYALA DI LENDU
LENDU 11 November - Barisan Nasional (BN) Melaka yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu mampu menyumbang satu kerusi kepada...
PECUTAN AKHIR PRN, HAMEED DEKATI 2,000 PENGUNDI LUAR AYER LIMAU
AYER LIMAU 11 November - Peningkatan hampir empat kali ganda jumlah pengundi luar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau...
SWM KONGSI KECERIAAN DEEPAVALI BERSAMA 50 PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN
DUYONG 11 November - Seramai 50 penghuni Rumah Kasih Sayang Angel, Taman Sinn Semabok, di sini, diraikan menerusi program SWM...
