Gilir jaga kaunter waktu rehat demi selesai aduan rakyat: KM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 11 Jan- Penggiliran jadual bekerja sewaktu rehat bagi mana-mana kaunter perkhidmatan kerajaan di negeri ini dicadang bagi memantapkan penyelesaian aduan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, inisiatif itu sekali gus dijangka mampu memastikan perkhidmatan kaunter disediakan lancar dan mengatasi setiap permasalahan rakyat yang memerlukan bantuan.

“Mana-mana kaunter perkhidmatan yang ditugaskan perlu menjalankan tugasan secara ‘rotate’ (gilir) bagi mempermudah, melancar dan melicinkan segala masalah rakyat yang ada.

“Ia selari dengan polisi dalam antara tujuh amanat disampaikan iaitu ‘Hari- Hari Bertemu Rakyat” yang mana kita perlu berdepan dengan rakyat setiap hari dan bukannya seminggu atau sebulan bagi menyelesaikan masalah yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Majlis Amanat YAB Ketua Menteri Sempena Tahun Baharu 2021 dan Pra Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.

Menerusi polisi ketiga iaitu ‘Hari- Hari Bertemu Rakyat’ merupakan antara tujuh intipati amanat yang penting perlu ditekankan penjawat awam di negeri ini.

“Maka, saya mahu dan amat berharap apa juga yang dibangkitkan rakyat mesti diambik perhatian dan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan amanatnya pagi tadi, beliau berkata, tahun 2021 bukannya tahun untuk merancang, sebaliknya ia tahun perlaksanaan dan perlu dipandang berat oleh penjawat awam tanpa sebarang pengecualian dalam memastikan dasar kerajaan tercapai.

“Saya tidak mahu lagi alasan apabila berlaku kelewatan, ketirisan atau apa-apa jua kegagalan dalam kita menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat,” tegasnya.

Views:

435
Kongsi :
Previous post Tiada pembelian panik, bekalan makanan cukup
Next post Tumpu tujuh intipati pelan strategik Melaka – Sulaiman
Ubah saiz-+=