Sorting by

×

Golongan teknokrat dan korporat disaran tampil sumbang pelitup muka

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 24 Sept. – Golongan profesional mahupun teknokrat dan syarikat korporat diminta tampil untuk bantu menyumbangkan pelitup muka bagi kegunaan pelajar di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, dengan sumbangan peralatan yang digunakan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban golongan pelajar terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Katanya, dalam keadaan negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19, pelitup muka menjadi keperluan bagi semua rakyat termasuk pelajar sebagai langkah kerajaan untuk menyekat penularan pandemik itu.

“Rakan-rakan dari golongan teknokrat, jika ada sumbangan jangan salurkan kepada saya sebaliknya salurkan terus kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan masing-masing supaya dengan adanya pelitup muka ini ia dapat membantu golongan pelajar yang terdiri daripada B40

“Kerajaan negeri ada menerima sumbangan pelitup ini jadi saya sudah mengarahkan supaya ianya diagihkan ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Professional Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka bersama warga pendidik di Auditorium Seri negeri, semalam.

Views:

843
Kongsi :
Previous post Masjid tertua di Malaysia sebenarnya di Melaka?
Next post Enam ditahan positif dadah
Ubah saiz-+=