
Gotong-royong indahkan Taman Angkasa Nuri
DURIAN TUNGGAL 13 Jun – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melaksanakan kerja-kerja mengindahkan serta membersihkan Taman Angkasa Nuri bagi memastikan keindahan landskap di taman itu sentiasa terpelihara.
Aktiviti itu dilaksanakan menerusi program gotong-royong mingguan MPHTJ yang turut melibatkan beberapa agensi kerajaan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil.
Menurut Zahari, aktiviti itu diadakan bagi memberi keselesaan kepada penduduk taman supaya terus menjaga kebersihan di kawasan kediaman mereka.

“Gotong-royong ini tertumpu kepada cantasan pokok sepanjang jalan utama, membersihkan longkang dan sampah sekitar taman permainan.
“Tujuan utama kita adalah untuk memastikan kawasan taman perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini sentiasa terjaga sekali gus mengelakkan longgokan sampah sarap,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya Sabtu lalu.
Turut hadir Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman; Ahli Majlis MPHTJ, Tan Chee Seng dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gangsa, Rasdi Ismail.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MEKANIK PARAH MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI SIMPANG TAMAN MAJU
JASIN 2 Jun – Seorang mekanik parah di bahagian kepala selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di persimpangan...
PERCUTIAN DAMAI CUTI SEKOLAH DENGAN ECO CRUISE SUNGAI LINGGI
AYER LIMAU 2 Jun - Mahu 'healing' sambil menikmati keindahan alam semulajadi? Eco Cruise adalah pilihan paling tepat untuk seisi...
BAYI SEBULAN CEDERA KEPALA, DIPERCAYAI TERCAMPAK KELUAR KERETA
KESIDANG 2 Jun – Seorang bayi lelaki berusia sebulan cedera selepas dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki bersama ibu...
WRUR BANDA HILIR: BESAR MAKNA RM100 BUAT RAKYAT MEMERLUKAN
BANDA HILIR 2 Jun - Bantuan baucar beli belah RM100 menerusi Program Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
BATIK HUTAN PERCHA SEMAKIN DIKENALI
MACHAP JAYA 2 Jun - Hampir setahun bertatih, perusahaan Batik Melaka diusahakan Komuniti Felda Hutan Percha semakin berkembang dengan menghasilkan...
WRUR BANDA HILIR: MANFAATKAN TEKNOLOGI AI BAGI STATUS ADUAN RAKYAT
BANDA HILIR 2 Jun - Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menilai keberkesanan penyelesaian aduan rakyat dicadangkan bagi memastikan setiap...
