Sorting by

×

Guru enggan divaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KANGAR 3 Sept – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran sekolah selamat untuk anak-anak mereka.

“Sehingga kini, terdapat 2,500 guru di negara ini masih tidak divaksinkan dan sebanyak 96.7 peratus telah menerima sekurang-kurangya satu dos vaksin dan 85.26 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah di sebuah hotel di sini hari ini.

Katanya, KPM akan mengeluarkan garis panduan mengenai tugasan guru-guru yang tidak divaksin.

“Kita juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan terhadap guru yang enggan mendapatkan vaksin ini,” katanya.

Radzi berkata, selain tenaga pengajar dan kakitangan sekolah, pekerja perkhidmatan sokongan sekolah seperti pekerja kantin, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan yang berada di sekolah juga wajib menjalani proses vaksinasi terlebih dahulu.

“Setakat ini sebanyak 73.71 peratus daripada pekerja perkhidmatan sokongan sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.43 peratus lagi sudah menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

453
Kongsi :
Previous post Roziah wanita pertama dilantik Naib Canselor UiTM
Next post Melaka United FC jinakkan ‘The Boss Gaurus’
Ubah saiz-+=