
Had operasi premis perniagaan dibenarkan sehingga dua pagi
AYER KEROH 15 Dis – Kerajaan negeri membenarkan operasi perniagaan kedai makan, kedai serbaneka, kedai runcit dan pasaraya di negeri ini dilanjutkan sehingga jam dua pagi berkuatkuasa hari ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Datuk Salhah Salleh menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri berkata, kebenaran itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID19 Negeri Melaka Bil.19/2020 yang diadakan semalam.
Katanya, mensyuarat itu turut memutuskan had jumlah pelanggan bagi setiap meja di kedai makan mengikut kapasiti meja makan yang disediakan.
“Ia juga tertakluk kepada penjarakan fizikal serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata arahan memberi kebenaran itu berkuatkuasa serta-merta sehingga kerajaan menarik semula arahan PKPP.
“Sebarang perubahan berkaitan arahan-arahan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada keputusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
