Had tempoh jawatan PM 2 penggal, RUU Anti Lompat Parti akan dibentang di Parlimen

Masa Membaca:59 Saat

PUTRAJAYA 13 Ogos –  Kerajaan bersedia membentangkan dua rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan sekiranya berjaya mendapat sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara melebihi dua pertiga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, RUU yang akan dibentang di Parlimen ialah untuk menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja dan RUU Anti-Lompat Parti.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan memperkukuhkan reformasi parlimen dengan memastikan jumlah Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang.

Menurutnya, jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga boleh ditambah untuk memastikan semua Ahli Parlimen dapat memainkan peranan semak dan imbang yang lebih berkesan menerusi penglibatan mereka dalam jawatankuasa itu.

“Sebagai pengiktirafan kepada peranan semak dan imbang di Parlimen, 50 peratus Jawatankuasa Pilihan Khas akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kerajaan dan 50 peratus lagi oleh Ahli Parlimen pembangkang.

“Sejajar dengan jangkaan bebanan tugas yang akan bertambah dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang yang lebih efektif, kerajaan akan menyediakan kakitangan sokongan dan saraan yang berpatutan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post Had tempoh jawatan PM 2 penggal, RUU Anti Lompat Parti akan dibentang di Parlimen
Next post Ketua Pembangkang bakal diberi saraan dan kemudahan setara Menteri Kanan – Muhyiddin
Ubah saiz-+=