Ketua Pembangkang bakal diberi saraan dan kemudahan setara Menteri Kanan – Muhyiddin

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PUTRAJAYA 13 Ogos – Ketua Pembangkang bakal diberikan keistimewaan yang setara dengan seorang Menteri Kanan sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan.

Ia menjadi satu daripada tujuh intipati cadangan rangka persefahaman rentas parti yang diumumkan Muhyiddin dalam perutusan khasnya hari ini.

Muhyiddin berkata, perkara itu dibentangkan bagi mengiktiraf peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat.

“Sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan,” katanya.

MUHYIDDIN.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga akan memastikan segala rang undang-undang (RUU) termasuk RUU perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirundingi terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen sekiranya usul undi percaya itu diluluskan.

Katanya, dengan cara itu, suatu rang undang-undang itu hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Justeru, beliau menjemput semua pimpinan parti politik untuk membincangkan cadangan-cadangan itu pada minggu hadapan.

“Saya akan mengeluarkan jemputan rasmi kepada semua pimpinan parti politik untuk menghadiri perbincangan ini. Saya bersedia untuk mendengar pandangan mereka berhubung cadangan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

436
Kongsi :
Previous post Had tempoh jawatan PM 2 penggal, RUU Anti Lompat Parti akan dibentang di Parlimen
Next post Jangan hapuskan cuti petugas hadapan – CUEPACS
Ubah saiz-+=