‘Harbour Street Market @Pulau Melaka’ dibuka Disember ini

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 18 November – ‘Harbour Street Market @Pulau Melaka’ dijadual memulakan operasi pada Disember bakal menjadi satu lagi produk pelancongan baharu bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, antara tarikan utama Harbour Street Market @Pulau Melaka adalah 120 gerai menawarkan pelbagai produk yang diusahakan oleh peniaga kecil sekitar negeri ini.

Shadan berkata, usaha itu diyakini mampu membantu untuk menghidupkan semula Pulau Melaka yang sebelum ini agak sunyi.

“Lokasi Harbour Street Market @Pulau Melaka ini berhampiran dengan Masjid Selat, kalau dahulu lokasi ini antara tempat yang ‘mati’ dan MBMB ambil inisiatif untuk menghidupkan kembali kawasan Pulau Melaka.

“Sebenarnya lokasi itu amat strategik, terletak berhampiran hotel-hotel dan Selat Avenue iaitu sebuah kawasan yang agak popular dalam kalangan pelancong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata selepas Harbour Street Market @Pulau Melaka beroperasi kelak, MBMB akan mempunyai tujuh ‘uptown’ dalam kawasan pentadbirannya.

“Uptown dalam kawasan pentadbiran MBMB antara produk tumpuan pelancong, jadi diharapkan inisiatif dijalankan mampu menghidupkan semula Pulau Melaka.

“Antara produk sama sudah beroperasi adalah Uptown Klebang, Uptown Pahlawan Walk, Uptown Eye On Malaysia, Kota Laksamana, Uptown Jonker Walk dan Night Vintage Market,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8768
Kongsi :
Previous post PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini
Next post Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Terengganu, Kelantan hingga Isnin
Ubah saiz-+=