
Harga minyak masak 5kg turun kepada RM31.50 mulai Sabtu ini
KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) turun RM2 kepada RM31.50 berbanding RM33.50 bermula 8 Okt hingga 7 Nov ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan.
Selain itu, katanya harga baharu minyak masak tulen kemasan botol tiga kg turun kepada RM19.90 daripada RM21.10; botol dua kg (RM13.50 daripada RM14.30); dan botol satu kg (RM7.10 daripada RM7.50).
“Diharapkan penetapan harga baharu ini berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau turut menyeru pengguna untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan secara rasmi sebarang pelanggaran undang-undang melalui saluran disediakan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ANAK MUDA HINGGA WARGA EMAS BEMBAN TERIMA NIKMAT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
BEMBAN 9 Julai - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban memberi makna...
BANJIR LUBUK KASAU: RM800,000 DISALUR, TOK RAUF TERUS IKHTIAR NOKTAHKAN BEBAN PENDUDUK
BEMBAN 9 Julai - Masalah banjir yang membelenggu penduduk Kampung Lubuk Kasau, di sini, telah berjaya dikurangkan sehingga 70 peratus...
BUKAN SEKADAR BERSALAMAN, KETUA MENTERI TURUN BAWA SINAR UNTUK ORANG BEMBAN
BEMBAN 9 Julai - Sebanyak 48 daripada 69 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BUDAYA KERJA DI MELAKA JELAS, KERAJAAN TIDAK HANYA TUNGGU DI PEJABAT – KM
BEMBAN 9 Julai - Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah membuktikan bahawa...
WRUR SUNGAI RAMBAI TAMPIL PENDEKATAN CSR DEMI RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 9 Julai - Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan jabatan dan agensi berkaitan banyak membantu menyediakan keperluan mendesak...
HAMPIR RM1 JUTA NAIK TARAF PASAR WILAYAH TAMAN KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 9 Julai – Hampir RM1 juta diperuntukkan bagi kerja naik taraf Pasar Wilayah Taman Kota Laksamana dalam usaha...

