
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
KUALA LUMPUR, 4 Mei – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 11 Mei.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.94 dan RM2.05 seliter, manakala diesel pada RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
