Harga udang tempatan stabil sepanjang enam bulan lepas
PUTRAJAYA, 8 Jun – Harga udang vannamei tempatan masih kekal stabil pada RM60 sekilogram sejak enam bulan lalu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.
“Ini adalah bukti yang menunjukkan permintaan domestik yang kukuh. Dengan pengenalan udang vannamei sejak sedekad lalu, harga udang telah menjadi lebih mampu milik merentasi (semua) peringkat pendapatan,” katanya pada perasmian “SHRIMP 2022: World Shrimp Trade Conference & Exhibition” di sini hari ini.
Menurut statistik Jabatan Perikanan dan Jabatan Perangkaan, jumlah pengeluaran udang di Malaysia mencecah 135,659 tan metrik pada 2020, yang mana 36 peratus daripadanya adalah daripada udang ternakan.
“Hampir 90 peratus daripada udang ternakan adalah jenis vannamei kaki putih yang kebanyakannya memasuki pasaran domestik,” katanya.
Ahmad berkata penggunaan udang perkapita meningkat daripada 2.33 kilogram pada 2004 kepada 3.91 kilogram pada 2012, menunjukkan pertumbuhan besar dalam penawaran dan permintaan dengan vannamei sebagai produk utama.
Sementara itu, beliau berkata eksport udang Malaysia meningkat sebanyak 23.6 peratus kepada 38,689 tan metrik pada 2021 daripada 29,819 tan metrik pada tahun sebelumnya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
HARGA BERAS IMPORT DARI INDIA BERJAYA DITURUNKAN HASIL RUNDINGAN BERSAMA – PM ANWAR
BUTTERWORTH 7 Disember - Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana...
UTEM TUAN RUMAH PERTANDINGAN MOTIVATOR MUDA ANTARA UNIVERSITI
DURIAN TUNGGAL 7 Disember – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Kaunseling Universiti Awam...
BUKA PELUANG MURID KETENGAHKAN IDEA INOVASI
AYER KEROH 7 Disember - Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka menjadi platform terbaik bagi murid sekolah untuk berkongsi dan mengetengahkan...
97 PREMIS MAKANAN MELAKA DIIKTIRAF BERSIH, SELAMAT
BANDARAYA MELAKA 7 Disember - Sebanyak 97 premis makanan di negeri ini telah menerima pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) oleh...
MAMA TIGA ANAK ANTARA PEMINAT RXZ
AYER KEROH 7 Disember - Minat terhadap jentera dua roda bukan penghalang buat ibu kepada tiga anak ini untuk hadir...
LEBARKAN POTENSI PRODUK INOVASI MELAKA
AYER KEROH 7 Disember - Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka dianggap sebagai satu medium penting untuk melebarkan lagi potensi produk...