Hari Ibu: Yakult himpun ibu-ibu Melaka pupuk kesedaran kesihatan

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 10 Mei – Yakult Malaysia meneruskan misi syarikat dengan memberi kesedaran kesihatan tentang kepentingan menjaga usus kepada masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

Pengurus Kanan Jabatan Perhubungan Awam Yakult Malaysia, Lim Siew Ling berkata, inisiatif itu adalah menerusi Program ‘Ibu Sihat, Keluarga Bahagia’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak pada 14 Mei (Ahad) ini.

Katanya, selain memberi pendedahan tentang kesedaran penjagaan kesihatan usus, ia juga mampu mendekatkan pihak Yakult dengan komuniti di negara ini tidak mengira bangsa dan usia.

“Tahun ini kita telah merancang beberapa program selaras dengan kempen misi sihat yakult sepanjang tahun ini di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia yang kita mulakan sejak Mac lalu.

“Aktiviti ini membina hubungan lebih dekat dengan masyarakat khususnya di bahagian Utara, Selatan dan Pantai Timur, sempena Hari Ibu pada 14 Mei ini kita akan menghimpunkan ibu-ibu di Melaka untuk meraikan sumbangan mereka yang tidak ternilai.

“Selain itu kita juga mahu memberi kefahaman kepada mereka tentang pentingnya penjagaan diri, kita jangka seramai 150 tetamu yang akan hadir pada program ini nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Miss Lim Siew Ling
LIM SIEW LING

Dalam pada itu, Siew Ling berharap penganjuran program itu dapat mendidik golongan ibu di negara ini untuk memahami status kesihatan mereka, selain mengetahui kepentingan prebiotik dalam sistem penghadaman.

“Di Melaka ini adalah program ketiga diadakan yang mana sebelum ini kita sudah adakan program CSR di Kelantan sempena Hari Wanita pada bulan Mac lalu, kita mahu semua masyarakat mendapat maklumat yang sama tentang menjaga kesihatan.

“Rata-rata komuniti memberi respon yang baik setiap kali kita turun padang, ini jelas membuktikan masyakat hari ini berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjagaan diri mereka khususnya melibatkan sistem penghadaman.

“Jika sebelum ini fokus kita hanya di Lembah Klang, tetapi bermula tahun ini kita aktif meneruskan aktiviti CSR ke seluruh negeri pada setiap bulan dengan program yang berlainan tetapi masih mengetengahkan topik kesihatan,” katanya lagi.

Siew Ling menggalakkan orang ramai khususnya di Melaka untuk tidak melepaskan peluang hadir pada program diadakan pada Ahad ini bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Program ini juga mendapat kerjasama Oriental Melaka Straits Medical Centre bagi pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen yang kami jalankan, boleh layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my

Social Media posting Itinerary

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1518
Kongsi :
Previous post Pertengkaran ‘berdarah’, pengurus syarikat maut ditikam
Next post Kanak-kanak enam tahun pandu kereta hingga kemalangan
Ubah saiz-+=