
Hari Malaysia pemangkin perpaduan rakyat – PM
KUALA LUMPUR, 16 Sept – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tanggal keramat 16 Sept sempena Hari Malaysia hari ini wajar dijadikan titik tolak bagi menyemarakkan lagi perpaduan, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sesama rakyat negara berteraskan nilai Keluarga Malaysia.
Dalam ucapan ringkas sempena hari memperingati pembentukan Malaysia, Perdana Menteri mendoakan supaya Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.
“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada… Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia – Teguh Bersama!,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.
Perdana Menteri dijadual menghadiri dan memberi ucapan pada sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka malam ini.
Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LPM, MAIM BANTU SEDIAKAN KEMUDAHAN SELESA UNTUK WARGA RIM
RIM 21 September – Lebih 100 kediaman penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dipilih untuk dibaik pulih dan dibina baharu...
PEMERKASAAN ALAM SEKITAR MELAKA BUKAN AGENDA SAMPINGAN – AB RAUF
BANDA HILIR 21 September - Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026 Peringkat Kebangsaan di Melaka membawa makna yang cukup...
PERKHIDMATAN VAN SEKOLAH BANTU ATASI ISU PENGANGKUTAN ANAK RIM
RIM 21 September - Menyediakan perkhidmatan van sekolah antara cadangan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengatasi kekangan pengangkutan milik persendirian...
KOMITMEN ‘HIDUPKAN’ SUNGAI MELAKA DIIKTIRAF AIPH WORLD GREEN CITY AWARDS 2026
BANDA HILIR 21 September - Komitmen Melaka terhadap alam sekitar menerusi Projek Pemulihan Pengindahan Sungai Melaka mendapat pengiktirafan AIPH World...
PRN MELAKA: ‘JANGAN RUNDING DALAM MEDIA SOSIAL, KITA BUAT SECARA RASMI’ – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - Segala rundingan berhubung kerjasama politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hendaklah dilakukan secara rasmi,...
ENAM KERANGKA MELAKA MEMACU KELESTARIAN ALAM
BANDA HILIR 21 September - Komitmen Kerajaan Negeri untuk melestarikan alam sekitar diperincikan menerusi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035,...

