Sorting by

×

HAWANA 2022 garis hala tuju kewartawanan dan industri media negara

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KUALA LUMPUR 27 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadiri majlis sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada Ahad ini.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Kemuncak HAWANA yang diadakan di Hotel Hatten, di sini.

Seramai kira-kira 700 pengamal media termasuk dalam kalangan negara ASEAN dijangka menghadiri majlis sambutan yang bertemakan ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’ ialah Deklarasi Melaka.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Publisiti dan Promosi HAWANA 2022, antara perkara yang menjadi tumpuan pada sambutan itu termasuk menggariskan hala tuju kewartawanan dan industri media negara.

Selain itu, katanya majlis itu menyaksikan penghormatan diberikan kepada wartawan profesional sama ada individu mahupun organisasi menerusi Anugerah HAWANA 2022.

“Pemilihan anugerah itu dibuat terhadap penerima yang telah memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi juga dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya yang dihasilkan,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata Forum Media Nasional akan diadakan pada sebelah pagi sebagai platform bagi ketua pengarang, pengarang dan tokoh media berbincang mengenai kepentingan masa depan industri media.

“Perbincangan itu termasuk berkaitan perubahan teknologi dan persekitaran yang semakin mencabar.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dijangka menyampaikan ucapan penutup forum terbabit,” katanya.

Pengamal media turut diraikan dalam satu jamuan malam bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam anjuran kerajaan negeri pada 28 Mei ini.

Sambutan HAWANA diadakan pertama kali di Malaysia pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur.

Beberapa negara lain seperti China dan Indonesia telah lama meraikan Hari Wartawan dan negara berkenaan memberi pengiktirafan secara rasmi atas jasa dan perjuangan golongan wartawan setiap tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

851
Kongsi :
Previous post Menteri Kabinet: Hormati hak prerogatif PM
Next post Gempa kuat landa Rantau Timor, Indonesia
Ubah saiz-+=