Hee Sem, Fairul Nizam beraya di hospital

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ALOR GAJAH 14 April – Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem bersama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, meneruskan tradisi Ziarah Kasih Aidilfitri di Hospital Alor Gajah yang diadakan setiap kali Syawal menjelma.

Kehadiran Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya bersama Fairul Nizam merangkap Adun Asahan jelas menceriakan pesakit yang bukan sahaja terpaksa menyambut 1 Syawal di wad malah diuji dengan masalah kesihatan.

“Diharap dengan kunjungan kami dan bertanya khabar keadaan mereka yang sedang menerima rawatan sedikit sebanyak dapat menceriakan pesakit.

“Malah kita juga tidak mahu pesakit ini berasa terpinggir, sekurang-kurangnya mereka dapat rasakan masih ada pihak yang mengambil berat.

“Ini sudah menjadi aktiviti wajib kami berdua apabila tibanya Syawal untuk ke hospital menyantuni rakyat dan tahun ini kami berkesempatan meluangkan masa pada hari raya ketiga,” katanya.

Menurutnya, selain menyantuni pesakit beliau bersama Fairul Nizam turut meluangkan masa menyantuni petugas hospital yang sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Dikesempatan yang ada kami turut meluangkan masa dan beramah mesra dengan kakitangan hospital termasuk jururawat serta pegawai perubatan.

“Selain menyantuni dan bertanya khabar kami turut menyampaikan sedikit duit raya agar dapat menceriakan hati mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

120
Kongsi :
Previous post King Oyen segak berbaju melayu ‘royal blue’
Next post Zon Bebas Kenderaan Aidilfitri bawa limpahan rezeki
Ubah saiz-+=