King Oyen segak berbaju melayu ‘royal blue’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KOTA LAKSAMANA 14 April – Mengenakan busana baju melayu, berserta samping dan tanjak pada seekor kucing membuatkan haiwan itu menjadi ‘bintang’ utama lebaran tahun ini.

Mana tidaknya kucing yang diberi nama King Oyen itu berjaya menambat hati sanak-saudara dan tetamu yang hadir ke Majlis Ulang Tahun Ke-100 Villa Sentosa, Kampung Morten, di sini.

Pemiliknya, Siti Zalifa Abdul Aziz, 51, berkata berpakaian sedondon bersama kucing kesayangannya itu merupakan amalan yang dilakukan kan keluarganya bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri sejak empat tahun lalu.

Dia yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur berkata, kucing jantan berwarna jingga yang dibelanya hampir lima tahun lalu merupakan hadiah istimewa daripada anak sulungnya dan kini telah dianggap sebagai ‘anak bongsu’ dalam keluarga itu.

“Setiap tahun kami akan kenakan warna tema sedondon yang berbeza untuk menyambut lebaran bersama keluarga dan ternyata King Oyen membawa kerana berjaya menyatukan keluarga kami setiap kali bersua.

“Setiap kali raya, kita akan pakaikan baju melayu serta samping dan tanjak, selain turut mengenakan kaca mata hitam untuknya. Walaupun ia merupakan kucing yang aktif tetapi dia akan pasif sewaktu memakai pakaian set ini.

“Sanak-saudara antara yang akan menantikan kehadiran King Oyen dan dari situlah hubungan persaudaraan kami dieratkan hanya disebabkan seekor kucing,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut, Siti Zalifa, Kehadiran King Oyen juga banyak membawa keceriaan buat keluarganya.

Mana tidaknya, kucing itu turut dilantik menjadi duta kepada dua jenama terkemuka negara termasuk produk makanan kucing dan perkakasan elektrik.

“Malah King Oyen gemar dibawa menaiki basikal dan itu adalah aktviti kegemarannya setiap petang,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

78
Kongsi :
Previous post Kak Som ziarah ibu hilang dua anak menjelang Syawal
Next post Hee Sem, Fairul Nizam beraya di hospital
Ubah saiz-+=