
Hee Sem tak kekok kacau bubur lambuk
MACHAP JAYA 9 April – Walaupun berbangsa Cina, ia bukan penghalang untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya turun padang meraikan budaya umat Islam yang kini menjalani ibadah puasa.
Ngwe Hee Sem, hari ini, menyertai komuniti di Hutan Percha untuk menyiapkan juadah bubur lambuk yang akan diagihkan kepada penduduk.
Beliau juga dilihat tidak kekok membantu mengacau bubur lambuk yang disediakan secara bergotong-royong itu.
“Menu wajib untuk berbuka puasa bubur lambuk.
“Sempat turun gotong-royong bersama penduduk setempat di Felda Hutan Percha bagi penyediaan bubur lambuk Masjid Hutan Percha,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.
Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan melakukan Ziarah Orang Kampung di Felda berkenaan.
Sebanyak lima rumah warga emas telah diziarahi dan diberikan sumbangan sempena Ramadan tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘BAU TANAH’ ANTARA PETUA PINDAH KUBUR LAMA
SERKAM 9 Julai - Meskipun si mati sudah meninggal dunia bagi tempoh masa yang agak lama, namun setiap kali proses...
SIMPANG TIGA SOLOK DUKU DINAIK TARAF JADI BULATAN
LENDU 9 Julai - Persimpangan Solok Duku Masjid Tanah, di sini, telah dinaik taraf menjadi bulatan berkuat kuasa malam tadi....
MELAKA ANJUR KARNIVAL ANAK MUDA SEPTEMBER DEPAN
AYER KEROH 9 Julai – Melaka bakal menghimpunkan anak muda dari 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi Karnival Anak Muda...
OH MY HEALTH! CARNIVAL 2026 KEMBALI, SASAR 5,000 PENGUNJUNG
KLEBANG 9 Julai - Oh My Health! Carnival 2026 edisi ketiga kembali lagi dengan pelbagai pengisian lebih menarik untuk orang...
BELIA PERLU SEMAT, HAYATI PRINSIP MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 9 Julai – Penerima Anugerah Perdana Belia Negara (ABPN) diingatkan supaya tidak menganggap pengiktirafan diterima sebagai kemuncak kejayaan,...
298,000 BELIA MELAKA ASET PALING BERHARGA – KM
AYER KEROH 9 Julai – Di sebalik pembangunan pesat sedang digerakkan Kerajaan Negeri, golongan belia dilihat sebagai aset paling berharga...

