
Helmy turun padang tinjau masalah penduduk
DUYONG 2 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem turun padang sejurus menerima aduan masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk di Pengkalan Rama Tengah, hari ini.
“Saya menerima aduan banjir kilat di Pengkalan Rama Tengah, sebuah rumah ni saja yang akan sentiasa naik air bila hujan lebat kerana rumah ini terletak dekat kawasan yang paling rendah.
“Nak buat longkang pun tak lepas pasal banyak rumah lain dah naik keliling. Pening juga nak selesaikan ini.
“Usaha yang dah dibuat sebelum ini menggunakan bajet Ahli Majlis hanya lambatkan sedikit air naik dan cepatkan air surut…tapi tetap juga banjir, kesian pada tuan rumah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Helmy kemudiannya menziarahi puan Norasimah yang diserang ‘mild stroke’ sehari selepas berkerja keras dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
“Mat dah rujuk kepada pihak SOCSO dan kalau ikut rekod puan Norasimah layak mohon Pencen Ilat walaupun sudah tidak mencarum sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 dulu. Mat akan usahakan untuk bantu urusan dengan SOCSO ni.
“Sementara ni, Mat hadiahkan puan Norasimah kerusi roda untuk mudahkan pergerakan. Semoga puan Norasimah terus diberi kekuatan menghadapi dugaan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
DISKAUN KOMPAUN MBMB RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TINGKATKAN JUMLAH KUTIPAN HASIL
AYER KEROH 5 Oktober - Kutipan hasil kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kaunter bergerak Program MBMB Mesra (MeSRA)...
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
