Hembus nafas terakhir selepas 4 hari bertarung nyawa

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 23 Ogos – Selepas empat hari bertarung nyawa, seorang operator kilang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka selepas terbabit kemalangan di Jalan Ayer Paabas, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa Muhammad Hafizee Md Daut, 31, kira-kira jam 8.50 pagi tadi daripada pondok polis hospital.

Beliau berkata, pada hari kejadian pihaknya menerima panggilan daripada waris mengatakan mangsa terbabit kemalangan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Masjid Tanah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang tiba di lokasi kejadian melanggar binatang lalu terbabas ke kiri jalan,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kaki dan bahu sebelum dirawat di Zon Merah Hospital Alor Gajah.

“Mangsa dipindahkan ke Hospital Melaka namun disahkan meninggal dunia pagi tadi ketika menerima rawatan.

“Motosikal mangsa kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1981,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

14303
Kongsi :
Previous post Sasaran penyertaan Sekolah Rukun Negara ditingkat kepada 100,000 belia
Next post Wanita warga Thailand disyaki dalang sindiket dadah antara empat ditahan
Ubah saiz-+=