Sorting by

×

Henti eksport ayam rugikan negara

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

AYER KEROH 11 Feb – Tindakan menghentikan atau mengurangkan eksport ayam demi menstabilkan keperluan domestik hanya akan merugikan negara untuk tempoh jangka panjang.

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, setakat ini kerajaan tidak berhasrat untuk berbuat demikian bagi mengatasi masalah kekurangan atau isu kenaikan harga ayam dan telur.

Menurutnya, pemberian subsidi harga ayam dan telur ayam kepada penternak sepanjang tempoh empat bulan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) dilihat usaha terbaik menangani permasalahan yang berlaku.

“Kita mempunyai bekalan ayam yang cukup namun dari semasa ke semasa tapi kita akui berlaku kekurangan dimana-mana.

“Kerajaan sedang melaksanakan beberapa langkah penyelesaian bagi memastikan apa jua masalah yang timbul ekoran isu bekalan dan harga ayam serta telur ini dapat ditangani dengan berkesan.

“Malah pada Khamis lalu, kita telah mengadakan sesi dialog bersama pemain industri terlibat dan pengeluaran ayam serta telur bagi mengambil kira pendapat atau cadangan semua pihak tentang isu yang timbul,” katanya.

Beliau berkata, demikian selepas menyampaikan bekalan makanan haiwan kepada jabatan dan agensi antaranya Zoo Melaka, Zoo Negara, Zoo Taiping, Zoo Kemaman dan Bukit Merah Laketown Resort melalui Mafi Prihatin di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Shamsul Akbar Sulaiman dan Timbalannya, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar.

Baru-baru ini kerajaan bersetuju memberi subsidi harga ayam dan telur ayam kepada penternak sepanjang SKHKM, dimana 60 sen sekilogram bagi ayam hidup serta ayam bulat, manakala 5 sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira gred.

Menurut Ahmad, kerajaan tidak mahu pengeluar ayam bertindak menghenti atau mengehadkan pengeluaran memandangkan tindakan itu hanya akan merugikan negara.

“Kita bimbang juga disebabkan itu, negara yang terlibat akan bertindak mencari sumber lain sekali gus merugikan pihak kita.

“Pengeluar ayam juga tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak sedemikian kerana mereka juga sudah membuat perjanjian dengan kerajaan berkenaan perkara ini,” katanya.

Selain itu menurut Ahmad, usaha kerajaan memberikan subsidi kepada penternak ayam di bawah SKHKM diharap dapat membantu menstabilkan harga ayam sekali gus meredakan keluh kesah di kalangan pengguna.

Pada masa yang sama, ujar beliau, kerajaan mengambil langkah tepat dalam memberikan kelulusan kepada empat pasaraya bagi mengimport ayam bulat.

Habis

1) Ahmad (tengah) bersama Shamsul Akbar (kiri) dan Dr Azhari Sharidan (kanan) pada majlis penyampaian bekalan makanan haiwan kepada jabatan dan agensi di Zoo Melaka di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

935
Kongsi :
Previous post Malaysia sasar tingkatkan jumlah stesen pengecas EV – Adham Baba
Next post COVID: Malaysia ambil langkah cermat sebelum isytihar endemik – Khairy
Ubah saiz-+=