Hentikan label ‘katak’ dan ‘pengkhianat’ – Mas Ermieyati

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MASJID TANAH 20 November – “Kemenangan ini harap memadamkan perkataan ‘katak’ dan ‘pengkhianat’ dalam hidup saya.

Itu kata Datuk Mas Ermieyati selepas memperoleh majoriti 4,411 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid serta Mutalib Othman (Muda) dan Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang).

Beliau berkata, kemenangan itu tidak mudah selepas melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh berkempen sejak dua minggu lalu.

“Tidak ada yang mustahil sekiranya kita berkhidmat untuk masyarakat, kita bekerja untuk masyarakat dan tidak ada yang mustahil inshaAllah segalanya menjadi mudah bila diizin oleh-Nya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepad pemberita di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata kemenangan itu juga hasil usaha pasukannya dan seluruh jentera PN di kawasan itu yang berhempas pulas memastikan segalanya berjalan lancar.

Katanya, beliau juga berterima kasih kepada pengundi yang sudah matang menilai mutu perkhidmatannya selama lima tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

“Walaupun ada juga antara mereka penyokong Pakatan Harapan (PH) dan UMNO tetapi memilih saya dan mengiktiraf hasil kerja serta prestasi saya selama lima tahun.

“Ya, saya akan terus bekerja dan berkhidmat, tidak ada masalah sebab sehemat saya sudah tentu komitmen saya akan cuba lakukan mengikut pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan juga panjang, sebagaimana yang telah saya rancangkan,” katanya.

Dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mas Ermieyati memperolehi 25,604 undi manakala Abdul Hakim memperoleh 21,193 undi.

Mutalib memperoleh 7,445 menang dan Handrawirawan 507 undi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2633
Kongsi :
Previous post Mas Ermieyati pertahan Parlimen Masjid Tanah
Next post PN cipta rekod rampas kerusi Parlimen Jasin
Ubah saiz-+=