Hilux terbalik dirempuh ‘Perodua King’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PERINGGIT 12 Jun – Kenderaan pacuan empat roda terbalik selepas dirempuh kereta jenis Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua pemandunya cedera.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata kejadian berlaku jam 1 tengah hari Rabu lalu di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ).

Menurutnya kedua-dua kenderaan ketika itu dalam perjalanan dari arah Melaka Sentral ke Hospital Melaka sebelum tiba-tiba Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 37 tahun hilang kawalan.

“Akibatnya, kenderaan dipandu tukang masak itu merempuh bahagian belakang pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu warga emas lelaki berusia 63 tahun yang ketika itu berada dilorong kanan.

“Rempuhan mengakibatkan Toyota Hilux berkenaan terbabas sebelum terbalik di lorong kiri manakala Perodua Myvi remuk di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

KETUA Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.

Tambahnya, kedua-dua pemandu hanya mengalami ringan dankes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Untuk rekod, Perodua Myvi yang merupakan model kereta buatan negara sejak 2005 sering mendapat gelaran ‘King Of The Road’ dalam kalangan rakyat di negara ini kerana sering mencetuskan kontroversi di jalan raya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

894
Kongsi :
Previous post Kempen Stay Safe & Win SSPN-I 2021, tawar hadiah hampir RM240,000
Next post Wajar sambung ‘lockdown’, kes COVID-19 masih tinggi
Ubah saiz-+=