Hishammuddin ambil alih pengumumam perkembangan harian PKP esok.

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

Kuala Lumpur: Pengumuman mengenai perkembangan harian aktiviti penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diambil alih Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein mulai esok.

Justeru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada semua yang terbabit dalam pengumuman kenyataan media hariannya sepanjang beliau mengendalikan pengumuman itu sejak 20 Mac tahun lalu.

“Sekalung penghargaan kepada semua yang terbabit sepanjang penglibatan saya, bermula daripada anggota pentadbiran, kementerian-kementerian terlibat, agensi, frontliners serta rakyat Malaysia yang mahukan negara bebas dari COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat media yang sentiasa melaporkan perkembangan penguatkuasaan SOP berkaitan Covid-19 dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, sepanjang melaksanakan tanggungjawab itu setiap hari, beliau menerima serta mengumumkan laporan berkenaan pematuhan SOP, kawalan sempadan negara dan lain-lain perkara daripada semua agensi terlibat bagi memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia berkenaan situasi semasa keselamatan dalam tempoh PKP dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pada 7 Julai lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya mengumumkan pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan yang mengetuai Keselamatan dan mengekalkan portfolio beliau sebagai Menteri Luar.

Kenyataan yang sama turut mengumumkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

590
Kongsi :
Previous post Atlet angkat berat Filipina berlatih di Melaka raih emas Olimpik
Next post Dua kluster baru, 18 kematian di Melaka
Ubah saiz-+=