
HSR 2.0: Ambil kira faktor pengambilan tanah
AYER KEROH 22 Julai – Pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) 2.0 dalam proses awalan bagi membuat kajian semula dari cadangan asal melibatkan jajaran Singapura ke Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad berkata, jajaran lama dikekalkan, namun terdapat perubahan faktor pengambilan tanah di kawasan penempatan yang padat.
“Kos bangunkan projek HSR dibiayai Kerajaan Persekutuan, justeru kita perlu mengambil kira kos tersebut selain pembangunannya yang melibatkan Singapura, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
“Sekarang masih di peringkat awalan termasuk elemen jajaran baharu yang ada berubah sedikit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Jelasnya, pembinaan HSR juga mengambil kira jarak antara satu stesen ke satu stesen bagi membolehkan ianya bergerak mengikut kapasiti kelajuan ditetapkan.
“Kereta api ini bergerak mengikut kapasiti dia sebab kelajuannya cecah 300 kilometer per jam, jadi kita perlukan jarak yang tertentu supaya boleh capai tahap maksimum tersebut.
“Kalau jarak terlalu dekat ia boleh merencatkan perjalanan kereta api ini,” katanya lagi.
Views:
Related

Berita Lain
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...

