Melaka sedia hadapi gelombang kedua Covid-19

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 22 Julai – Stesen pusat kuarantin akan beroperasi semula sebagai persediaan awal kerajaan negeri bagi menghadapi sekiranya gelombang baharu pandemik COVID-19 berlaku di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman berkata, dua stesen kuarantin telah dicadangkan sama ada di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) mahupun di Akademi Latihan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tiang Dua.

Ujarnya, kerajaan tidak akan menumpukan kepada beberapa hotel yang sebelum ini dijadikan stesen terbabit bagi memberi peluang kepada tarikan sektor pelancongan Melaka.

“Kerajaan negeri bersiap sedia jika ada gelombang baharu, jadi sebagai persediaan kita tidak akan benarkan mana-mana individu yang pulang dari luar negara untuk mengambil tindakan kuarantin di rumah.

“Dua stesen ini telah dicadangkan, manakala pusat kuarantin di hotel tidak akan beroperasi kerana ia akan memberi imej kepada pelancongan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertama Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, pagi tadi.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, pihaknya akan menetapkan nilai perkadaran yang akan dikenakan sebelum ini berjumlah RM150 dikenakan semalaman kepada pesakit yang menetap di stesen kuarantin di hotel negeri ini.

“Kita jamin, harga yang akan ditawarkan nanti menjadi lebih rendah dengan fasiliti stesen kuarantin yang selesa dan mencukupi.

“Sebelum ini di CREaTE telah menyediakan lebih 400 buah katil dan telah menerima sambutan tertinggi sehingga 250 pesakit dalam sesebuah masa.

“Manakala di Tiang Dua, sebanyak 200 katil telah disediakan di pusat kuarantin ini dan kerajaan negeri akan menetapkan salah sebuah dari pusat ini akan dibuka semula sebagai persediaan kepada masalah ini,” katanya.

Views:

330
Kongsi :
Previous post HSR 2.0: Ambil kira faktor pengambilan tanah
Next post Timbalan Speaker ingatkan ADUN bersikap matang
Ubah saiz-+=