‘Hubungan saya dan mereka baik’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MASJID TANAH 4 Okt. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kempimpinannya hari ini.

“Pada saya, hubungan saya dengan mereka baik, apa yang diminta, dipohon saya laksana sebaik mungkin jadi bila dikatakan kerajaan negeri yang sebaliknya saya pun tak tahu nak cakap apa.

“Selama ini hubungan saya, apa yang diperlukan saya berikan kerjasama…setiap sesuatu keputusan melibatkan DUN masing-masing saya bertanya sendiri adakah beliau setuju, ikut persetujuan bersama.

“Keputusan dicapai dalam mesyuarat Exco, adalah keputusan bersama tiada campur tangan daripada pihak luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Villa D’Acqua, Kampung Pulau di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan Exco dan ADUN Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga ADUN Lendu berkata, beliau kecewa kerana kemelut politik negeri berlaku dalam keadaan yang sukar ketika ini.

“Kecewa itu sudah pasti, dalam keadaan yang sukar hari ini masing-masing seperti mana semua tahu kita berusaha untuk pulihkan kerajaan hari ini terutamanya ekonomi dan kesihatan.

“Kita baru beralih Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tujuan dan matlamat kita untuk pulihkan bersama ekonomi dan kesihatan negeri mereka (empat ADUN) sendiri yang merobek,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1180
Kongsi :
Previous post Kerajaan disaran wujud dana khas untuk anak kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
Next post Peniaga dakwa rugi RM139,500 ditipu Macau Scam
Ubah saiz-+=