
HUJAN BERTERUSAN, BEBERAPA KAWASAN DINAIKI AIR
AYER KEROH 5 Mac – Hujan lebat berterusan sejak 6 pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi dan laluan sekitar Bandaraya Melaka dinaiki air.
Antara yang terjejas adalah Jalan Ong Kim Wee, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Banda Kaba, Taman Desa Duyong, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Cheng dan Kampung Chetti.
Difahamkan Kampung Kilang Berapi di Jasin turut dinaiki air akibat hujan lebat berterusan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka berkata, anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi berkenaan untuk membantu mangsa susulan panggilan kecemasan diterima.
“Seawal jam 8 pagi JBPM Negeri Melaka menerima panggilan kejadian banjir di Lorong Pandan, Taman Kesidang. Pasukan operasi membantu menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang berusia 12 bulan.
“Kami juga menerima panggila kecemasan untuk membantu seorang lelaki dan wanita berusia 50-an yang terperangkap di Pengkalan Rama Pantai,” katanya.
Jelasnya, JBPM Melaka melakukan rondaan di kawasan dikenal pasti berisiko banjir selain memantau paras sungai utama dari semasa ke semasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
