Hujan lebat: DUN Telok Mas turut terkesan

Masa Membaca:57 Saat

TELOK MAS 22 Jun – Hujan berterusan hujung minggu lalu turut mengakibatkan beberapa kawasan dalam Dewan Undnagan Negeri (DUN) Telok Mas mengalami banjir kilat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, hasil tinjauan di kawasan Bukit Larang dan Ujong Pasir, terdapat masalah perparitan dan saluran air yang tersumbat.

“Beberapa tinjauan dibuat untuk melihat sendiri masalah perparitan dan saluran air yang dialami di kedua kawasan ini yang menyebabkan beberapa kawasan rumah dimasuki air.

“Bagaimanapun, masalah perparitan dan longkang tersumbat ini akan dibawa dan dibincangkan bersama jabatan-jabatan yang terlibat supaya dapat mengurangkan masalah ini dan tidak berulang lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Effandi berkata, bagi mereka yang ingin memohon saguhati bencana perlu mengambil gambar rumah dimasuki air dan membuat laporan polis segera untuk maklumkan rumahmereka dimasuki air.

“Mereka perlu ambil borang saguhati bencana di pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Telok Mas, bawa bil api atau bil air dan kemudian permohonan akan dihantar ke Pejabat Daerah untuk proses kelulusan dan penerimaan saguhati.

“Syarat permohonan saguhati bencana dari Pejabat Daerah adalah air mestilah memasuki dalam rumah dan bukan sekadar di perkarangan rumah sahaja,” katanya.

Views:

664
Kongsi :
Previous post Dua lelaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Next post Pelabur asing jual RM600.7 juta ekuiti tempatan minggu lepas
Ubah saiz-+=