Ibu anak autisme syukur terima bantuan susu formula

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MALIM 27 Sept. – Hanya ucapan syukur dan terima kasih mampu dilafazkan penerima bantuan susu formula menerusi program Melaka Milkbank hari ini.

Rata-rata mereka tidak menyangka pada awalnya ada pihak prihatin menyalurkan bantuan susu berkenaan sekali gus meringankan beban mereka.

Seorang penerima, Fatira Hamzah,29, berkata, memiliki dua anak yang masih menyusu bukan perkara mudah, malah seorang daripadanya adalah anak istimewa menghidap autisme berusia tiga tahun.

FATIRA.

“Kalau susu sebulan enam paket untuk dua orang anak, tapi anak yang autisme lebih sedikit sebab makanan dalam kotak sahaja RM11.

“Syukur sebab ada orang bagi sumbangan susu di bawah program ‘Melaka Milkbank’ ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya dan keluarga.

“Ini kali pertama saya dapat sebab ada orang yang mesej secara peribadi di Facebook suruh tekan link bantuan susu. Mula-mula saya ingat betul ke?

“Saya cuba dan selepas beberapa hari ada orang hubungi dan beritahu nanti dia akan bagi bantuan susu,” katanya dari Taman Gadong Bahagia, Pulau Gadong.

NUR Faridah.

Nur Faridah Che Mat,24, turut bersyukur memandangkan ini adalah kali kedua dia menerima bantuan susu tersebut.

“Dah dua kali terima sumbangan ini, kali pertama bulan lepas, alhamdulillah bolehlah bantu sikit-sikit.

“Dapat tahu daripada kawan saya tengok Facebook Melaka Milkbank selepas itu cuba mohon…tak sangka rezeki anak-anak dapat bantuan.

“Saya ada dua anak lelaki, alhamdulillah gembira dengan sumbangan dapat bantu meringankan beban suami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

714
Kongsi :
Previous post KSM akan bawa permintaan pengambilan pekerja asing ke Kabinet
Next post Ibu tunggal ‘bangkit’ demi anak
Ubah saiz-+=