
Ikhlas AirAsia sasar kumpul RM1 juta, bantu komuniti terjejas
KUALA LUMPUR 4 Julai – Cabang perniagaan mesra Muslim Airasia Digital, IKHLAS, menyasarkan untuk mengumpul sehingga RM1 juta melalui inisiatif derma awam baharunya.
Inisiatif Bantuan Kecemasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) IKHLAS ini bertujuan untuk membantu komuniti yang terjejas dalam tempoh PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata syarikat telah melancarkan inisiatif derma awam ini dua hari lepas dan setakat ini telah berjaya mengumpul lebih RM500,000 melalui perkhidmatan Sedekah bagi inisiatif ini.
“Kami berharap dapat mencapai sasaran kami sebanyak RM1 juta untuk membantu lebih 10,000 keluarga dan 7,000 individu, selain menyokong perniagaan tempatan dan penunggang perkhidmatan penghantaran.
“Mari terus membantu antara satu sama lain dan kita perlu dapat mengatasi cabaran ini bersama-sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak ditubuhkan pada tahun lepas, perkhidmatan sedekah IKHLAS telah mengumpul lebih RM2.5 juta dana yang telah membantu lebih 25,000 buah keluarga.
Inisiatif derma awam dalam talian ini juga telah membantu pelbagai komuniti melalui kempen bantuan khas seperti IKHLAS untuk Sabah, IKHLAS untuk Palestin dan bantuan yang dijalankan pada setiap minggu di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
