Iktiraf peranan koperasi sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Oktober – Program Young Entrepreneurs Strive For Success (YESS) Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka berlangsung selama dua hari bermula 4 Oktober lalu, dianjurkan bagi mengiktiraf peranan koperasi sekolah.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka menerusi satu kenyataan memaklumkan, koperasi sekolah turut memainkan peranan amat besar dalam usaha mengembangkan gerakan koperasi di negara ini.

“Program YESS sebelum ini dikenali sebagai Konvensyen Keusahawanan Koperasi Sekolah bagi memberi pengiktirafan kepada koperasi sekolah yang cemerlang dan berjaya dalam projek keusahawanan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Selain pertandingan produk-produk keluaran koperasi, program ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti jualan dan taklimat berkaitan dengan perniagaan,” katanya.

Majlis Perasmian Penutup Program YESS Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka berlangsung di sebuah hotel, di sini, semalam disempurnakan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin.

Pada majlis sama Allex turut menyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Krubong Melaka Berhad sebagai Johan, Koperasi SMK Ghafar Baba Masjid Tanah Melaka Berhad (Naib Johan) dan Koperasi SMK Seri Tanjong Melaka Berhad (Ketiga) selain saguhati kepada koperasi sekolah yang lain.

Turut disampaikan adalah anugerah kepada Pengurus Koperasi Terbaik, Guru Pembimbing Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Sebagai Johan SMK Krubong Melaka Berhad akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1164
Kongsi :
Previous post Enam taska, pusat jagaan gagal patuh syarat
Next post Gilap bakat si cilik
Ubah saiz-+=