Inisiatif Satu Taman Satu Polis akan diperluaskan ke seluruh negara

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

AYER KEROH 5 April. – Melaka menjadi perintis program Satu Taman Satu Polis dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu jenayah di kawasan taman perumahan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, program itu hasil inisiatif Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

Katanya, idea berkenaan dicadangkan lebih awal lagi, namun akibat beberapa kekangan program itu tidak dapat dilaksanakan.

ABDUL Majid (kiri) menyerahkan buku panduan Satu Taman Satu Polis kepada Zainal Abidin (dua dari kanan) di IPK, di sini hari ini.

“Program ini akan dikawal selia oleh JPJKK Bukit Aman dan perkara ini akan diajukan kepada kepimpinan tertinggi PDRM Bukit Aman sebelum diperluaskan ke negeri lain, setelah Polis Melaka menjalankan tiga bulan kajian impak mengenai program berkenaan selepas dilancarkan.

“Kita mohon setiap polis dilantik sebagai pegawai perhubungan bekerjasama dengan jawatankuasa penduduk di taman masing-masing bagi menangani permasalahan dan jenayah di kawasan taman perumahan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Satu Taman Satu Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Ketua Penolong Pengarah Dasar Sumber JPJKK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Saiman Kasran.

Zainal Abidin berkata, program itu diyakini dapat menangani masalah jenayah di kawasan taman perumahan dan memupuk kejiranan selamat.

Dalam pada itu, Abdul Majid berkata setakat ini tujuh taman perumahan di negeri ini sudah mempunyai tujuh pegawai perhubungan polis.

“Bagi fasa kedua sebanyak 20 taman perumahan akan ditempatkan pegawai perhubungan polis,” katanya.

Bagi daerah Melaka Tengah, taman perumahan yang terbabit program itu adalah Taman Cempaka, Taman Merdeka Jaya, Taman Bukit Katil Damai 2, manakala di Jasin membabitkan Taman Asia Selatan dan Taman Seri Simpang.

Di Alor Gajah pegawai perhubungan polis ditempatkan di Taman Samarinda dan Taman Bandar Baru.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

896
Kongsi :
Previous post Tiada kompromi rentas negeri 1 Ramadan
Next post Pedalaman Melaka bakal nikmati capaian Internet berkelajuan tinggi
Ubah saiz-+=