
INSWA anjur program khas untuk murid istimewa
TELOK MAS 1 September – Seramai 600 murid ‘istimewa’ dihimpunkan pada Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif Murid Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Melaka 2022, berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu, di sini, hari ini.
Program anjuran Institut Warisan Melaka (INSWA) itu membabitkan modul terapi pergerakan kreatif seperti nyanyian dan tarian, dimeriahkan lagi dengan kehadiran isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Munira M Yusop.
Pengurus Besar INSWA Nurman Mohd Baroldin berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada murid terbabit menonjolkan keupayaan diri kearas lebih tinggi.
“INSWA sebelum ini kerap menganjurkan program sekolah angkat yang mana kita melatih murid dalam bidang kesenian.
“Jadi kami terpanggil untuk anjurkan program sama khusus buat murid istimewa berkeperluan khas agar mereka ini tidak berasa tersisih,” katanya.

Hadir sama pada program itu, isteri kepada Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datin Siti Rahmah Selamat; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas negeri, Md Aziz Lani serta Pengetua SMK Padang Temu Shahar Bakar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA NYATA KESEDIAAN ANJUR HARI TVET NEGARA 2026
AYER KEROH 3 Februari – Melaka menyatakan kesediaan untuk sekali lagi menjadi tuan rumah Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal...
DUA SIRI ‘HEBAT’, 92.7 PERATUS ADUAN DISELESAIKAN
AYER KEROH 3 Februari - Sepanjang dua siri berlangsungnya Hari Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) pada Ogos dan...
DISKAUN SEHINGGA 80 PERATUS MENANTI PENGUNJUNG ‘HEBAT’ SIRI 1/2026 ESOK
AYER KEROH 3 Februari - Diskaun sehingga 80 peratus membabitkan kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka, selain pelbagai diskaun...
MPAG DIGITAL, LAMBANG TRANSFORMASI ALOR GAJAH
REMBIA 3 Februari - Usaha Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperkenalkan MPAG Digital diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila lapan...
TUN DR. MOHD ALI BERSAMA 500 JEMAAH SUBURKAN MALAM NISFU SYAABAN MELAKA
GADEK 2 Februari – Kira-kira 500 jemaah menghadiri Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban dan Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri...
KERETA LEMBU, WARISAN MELAKA YANG MASIH ‘BERNYAWA’
TELOK MAS 2 Februari – Bunyi derap setiap langkah kaki lembu yang gagah menarik pedati diumpamakan sebagai lambang kelangsungan pengangkutan...
