Ismail seorang cool relaks dan santai

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MASJID TANAH 14 Nov. – “Orangnya saya tengok ‘cool’, relaks, santai,” kata pemilik restoran Mama Yan, Muhammad Zainuddin,40 yang menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.

Pada awalnya, dia terkejut apabila dimaklumkan petang semalam bahawa pemimpin nombor pertama itu mahu singgah di restorannya pagi ini.

Rentetan itu segala persedian terus dilaksanakan dan persiapan dilakukan sejak malam tadi.

“Memang terkejut sebab petang semalam saya dimaklumkan Perdana Menteri nak singgah makan.

“Menu hari ini kita sediakan menu Melaka, masak lemak cili padi ikan tenggiri dan juga asam pedas Melaka serta ulam-ulaman lah. Kat sini selera kampung,” katanya kepada pemberita.

MOHAMMAD Zainuddin

Muhammad berkata, dalam kunjungan itu dia turut diberi peluang untuk beramah mesra bersama pemimpin itu sebelum meneruskan perjalanannya ke lokasi lain di Melaka.

“Saya pun tak sangka dan saya bergambar dengan dia, maksud saya dia nak berkenalan dengan tuan kedai. Jadi asalnya kedai ni milik mak mentua saya, jadi mak mentua pun dia panggil borak-borak dan kami memang sangat teruja.

“Saya juga sempat mengucapkan terima kasih kerana saya salah seorang usahawan TEKUN sewaktu dia menjadi menteri untuk uruskan pinjaman ini,” katanya.

Terdahulu, dalam kunjungan sehari Perdana Menteri ke Melaka beliau sempat berkunjung di beberapa lokasi di negeri ini dan dijadualkan berakhir di Asahan sekitar tengah hari tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

400
Kongsi :
Previous post Sungai Udang: Penduduk ‘terpinggir’ akan diberi perhatian – Mohamad Ali
Next post PN nafi Rafiq calon KM
Ubah saiz-+=