
Isu gaji Melaka United selesai – PFAM
MELAKA 14 Jan – Isu gaji yang membelenggu Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) selesai selepas semua tunggakan dibayar seperti yang dijanjikan.
Perkara itu dimaklumkan Persatuan Pemain-pemain Profesional Malaysia (PFAM) dalam satu kenyataan, hari ini.
PFAM berkata, tunggakan gaji gaji pemain skuad Hang Tuah telah selesai dan mengucapkan terima kasih kepada pengurusan MUFC.
“PFAM ingin mengucapkan syabas buat para pemain yang berani tampil untuk membuat laporan.
“Ucapan terima kasih juga ke atas pengurusan MUFC yang diterajui oleh pemiliknya, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat dan KenTeam yang segera menyelesaikan isu ini.
“PFAM percaya di bawah pengendalian Datuk Wira Justin selepas ini, perkara ini akan sentiasa diberikan perhatian bagi memastikan isu ini tidak akan berulang di masa akan datang,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, PFAM turut menggesa isu itu dijadikan contoh buat semua pasukan agar segera peka dan menyelesaikan masalah berkaitan tunggakan gaji dalam kadar segera.
“Ia memandangkan para pemain sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pasukan,” kata kenyataan itu lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DARI TEPI JALAN, KINI MILIKI BENGKEL MAKANAN SEJUK BEKU
ASAHAN 5 Mei - Daripada bermula dengan operasi secara kecil-kecilan, seorang pengusaha makanan sejuk beku kini mampu menarik nafas lega...
WRUR AYER MOLEK: DUA BERANAK TERSENTUH DIBANTU MAIM
AYER MOLEK 5 Mei - Keprihatinan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membawa sinar baharu kepada kehidupan dua beranak apabila kediaman...
WRUR AYER MOLEK: TERNAKAN BERKELIARAN DOMINASI ADUAN RAKYAT
AYER MOLEK 5 Mei - Isu berkaitan haiwan ternakan berkeliaran antara aduan yang paling banyak diterima pada Program Wakil Rakyat...
JEJAK TINGGALAN SEJARAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 4 Mei - Sebuah peninggalan lama yang masih kekal berdiri di Kampung Ulu Melaka Pindah terus menjadi perhatian...
ASAHAN PERNAH ADA ‘LAPANGAN TERBANG’?
ASAHAN 4 Mei - Siapa sangka di sebalik sebuah kampung yang terletak di hujung Melaka terdapatnya sebuah kawasan yang dahulunya...
WRUR AYER MOLEK: PERPUSTAKAAN KOMUNITI SRI KANDANG PERKASA BUDAYA MEMBACA
AYER MOLEK 4 Mei - Kewujudan sebuah perpustakaan komuniti di Taman Sri Kandang bakal memperkasa budaya membaca dan seterusnya melahirkan...

