
Isu guru COS, KPM sedang ambil tindakan sewajarnya
KUALA LUMPUR, 4 Mei – Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah mengarahkan supaya isu guru kontrak perkhidmatan (COS) ambilan Jun 2020 yang akan tamat kontrak mereka pada Jun depan, diberi perhatian dan diselesaikan segera.
Radzi menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter hari ini berkata perkara berkaitan kegusaran guru yang akan tamat kontrak COS itu dibangkitkan menerusi ruangan komen di laman media sosial beliau baru-baru ini, dan ia sememangnya berada dalam perhatiannya.
“Saya telah arahkan supaya perkara ini diberi perhatian dan diselesaikan segera. KPM (Kementerian Pendidikan) dan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa,” katanya.
Beliau berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas proses berkenaan selesai.
Katanya KPM prihatin mengenai perkara yang dibangkitkan masyarakat tentang pendidikan dan komited untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi pewaris negara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
3,600KG IKAN PERCUMA ‘LICIN’ DALAM 10 MINIT
MERLIMAU 17 Julai - Sebanyak 3,600 kilogram ikan cencaru dan mata besar yang diagihkan secara percuma kepada penduduk dan komuniti...
NELAYAN MELAKA TERIMA ‘DURIAN RUNTUH’
MERLIMAU 17 Julai - Komuniti nelayan di Negeri Melaka menerima ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri mengumumkan beberapa inisiatif dan insentif...
MELAKA RUMAHKU UBAH NASIB LIMA KELUARGA DI MERLIMAU
MERLIMAU 17 Julai - Seramai lima keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kini memiliki kediaman lebih selesa dan selamat...
MELAKA SEDIA JADI HAB SEMIKONDUKTOR BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 17 Julai - Melaka berada pada landasan terbaik untuk muncul sebagai hab semikonduktor dan pembuatan termaju bertaraf dunia...
PH MELAKA MUKTAMAD TARIK DIRI DARIPADA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
MELAKA 16 Julai - Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengumumkan keputusan muktamad menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri susulan...
USAHAWAN MELAKA PERLU BERANI TEROKA PASARAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Anak Melaka yang terlibat dalam bidang keusahawanan perlu memiliki kemahuan untuk terus maju dalam perniagaan,...
