
Isu kesihatan awam, tindakan tangani COVID-19 tumpuan hari kedua sidang khas Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 27 Julai – Isu kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari kedua Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, disusuli sesi Ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.
Antara topik yang dijangka bakal diketengahkan termasuk langkah mitigasi menangani peningkatan kes, penambahan kapasiti di fasiliti kesihatan awam seluruh negara dan kebajikan petugas kesihatan.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula semalam sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.
Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta memakai pelitup muka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM20 JUTA ATASI ‘SALIRAN BERMASALAH’ DI MELAKA
AYER LIMAU 18 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran di Melaka, termasuk...
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...

