Isu pekerja kontrak kesihatan: Jangan sertai demonstrasi esok

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa kesemua doktor dan petugas dalam perkhidmatan secara kontrak untuk tidak menyertai demonstrasi di seluruh negara esok and memperingatkan mereka bahawa ia boleh membahayakan banyak nyawa.

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebooknya malam ini, beliau berkata tunjuk perasaan itu boleh membahayakan nyawa dan juga kerjaya mereka, dan mengingatkan mengenai sumpah yang mereka ambil di awal perkhidmatan mereka, “primum non nocere” yang bermaksud ‘pertamanya jangan lakukan sesuatu yang buruk’ atau ketidakadilan terhadap pesakit mereka.

Foto – KKM.

“Kami faham pada ketika anda mahu untuk terus bertugas dengan kementerian (Kementerian Kesihatan) secara tetap, pada masa ini kerajaan telah mengumumkan penambahan kontrak jawatan dua tahun untuk mereka.

“Ini akan memberikan masa untuk pindaan dilakukan kepada Akta Pencen, supaya jawatan tetap boleh dibenarkan untuk mencarum dengan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), sebagai contohnya, tanpa pilihan untuk pencen,” katanya.

Beliau turut menjelaskan yang kerajaan akan membenarkan mereka berjawatan secara kontrak dibenarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana, walaupun pada ketika berjawatan kontrak dan akan ditawarkan ke jawatan tetap dengan KWSP apabila ia dibenarkan.

“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan kita. Ingatlah kepada sumpah yang kita ambil secara ikhlas dan untuk berada bersama pesakit anda pada ketika mereka dan negara anda amat perlukan.

“Kitalah barisan pertahanan terakhir untuk memberikan rawatan kepada pesakit kita dan setiap nyawa adalah penting,” kata Dr Noor Hisham.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 23,000 doktor berjawatan kontrak akan mengadakan demonstrasi di seluruh negara pada 26 Julai, selepas pelbagai usaha kumpulan itu untuk mendapatkan penyerapan ke jawatan tetap masih gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun pada 23 Julai, kerajaan telah bersetuju supaya lantikan kontrak kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk ditawarkan kontrak perkhidmatan dua tahun, sebaik tamat tempoh khidmat wajib mereka.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Perdana Menteri berkata, Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun, bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1096
Kongsi :
Previous post MUFC ‘mandi peluh’ sebelum curi satu mata
Next post Kes COVID-19, kadar kemasukan ke hospital dijangka menurun Ogos ini
Ubah saiz-+=