Isu stoking: Henti komen demi keharmonian kaum

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LINGGI 23 Mac – Semua pihak diminta berhenti membuat ulasan melampau mengenai isu stoking yang tertera kalimah Allah SWT demi menjaga keharmonian kaum di negara dan negeri ini khususnya.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem mengakui kecuaian kedai serbaneka yang menjual stoking tersebut sebagai satu kesalahan besar, namun beliau meminta perkara itu diadili dari sudut undang-undang.

“Seperti kita tahu, pihak berkuasa sudah mengambil tindakan, jadi kepada badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan pihak-pihak lain diharap menyerahkan isu berkenaan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

“Saya juga berharap komen mengenai isu ini dihentikan demi keharmonian kaum walaupun ia bukanlah isu perkauman.

“Setakat ini, di Melaka, keadaan masih terkawal dan saya berharap semangat perpaduan di Negeri Melaka akan kekal utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2024 di Japerun Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah dan Pengarah JPNIN Negeri Melaka Intan Suhana Yusuff.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

309
Kongsi :
Previous post KRT Melaka agih 50,000 pek bubur lambuk
Next post Imarahkan masjid sepanjang Ramadan
Ubah saiz-+=