
ITP berperanan sebagai agensi pemikir, penggerak kemajuan Melaka
AYER KEROH 22 Okt. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mahu Institut Tun Perak (ITP) terus memainkan peranan sebagai agensi badan pemikir buat kerajaan negeri dalam memacu kemajuan Melaka amnya.
Sulaiman menerusi catatan di Facebook rasminya sebentar tadi menjelaskan, ITP boleh menjadi pusat mengumpulkan kepakaran serta idea baharu demi kesejahteraan rakyat negeri ini.
“Saya mahukan ITP berperanan dan berfungsi serta bertanggungjawab menjadi sebuah agensi badan pemikir untuk Kerajaan Negeri Melaka.
“Pada masa yang sama institut ini boleh menjadi pusat mengumpulkan kepakaran dan idea-idea baharu serta perlu menjalankan penyelidikan, program, pendidikan, penerbitan dan perundingan yang memberi impak tinggi, bagi menggerakkan kemajuan negeri untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Tun Perak (ITP) di Bilik Mesyuarat MMKN, di Seri Negeri, pagi tadi.
Views:
Related


Berita Lain
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
