
‘Itu hak prerogatif Ketua Menteri’
TANJUNG BIDARA 1 April – “Kita serahkan semuanya kepada hak prerogatif Ketua Menteri, apa yang dilantik kita akan akur,” itu kata Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung barisan Exco Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Terdahulu Ab Rauf mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-13 semalam, memaklumkan akan membuat pemilihan Exco baharu Kerajaan Negeri dalam tempoh 48 jam.
Dr. Muhamad Akmal berkata, sebagai Ketua Menteri Ab Rauf mempunyai hak prerogatif untuk membariskan dan mengangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai barisan Exco dibawah pentadbiran beliau.
“Ada dalam Exco atau tidak ada, kita akan akur sebagai ahli parti. Maka apa pun yang ditetapkan kita akan akur.
“Sudah pasti beliau ada agenda tersendiri untuk merencanakan kemana hala tuju Melaka ini,” katanya yang juga Adun Merlimau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN TIDAK JANJI BULAN BINTANG, SERAH RAKYAT NILAI REKOD CEMERLANG
TANJUNG BIDARA 2 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyerahkan kepada rakyat untuk menilai rekod perkhidmatan Kerajaan Negeri sepanjang tempoh...
PRN MELAKA: GERAK KERJA BN DI TELOK MAS SUDAH BERMULA AWAL
TELOK MAS 1 November - Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
TEKNOLOGI HIBRID BUKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI AUTOMOTIF MELAKA
TABOH NANING 2 November - Pemasangan dua model kenderaan hibrid baharu di Pegoh menjadi satu lagi perkembangan dalam usaha memperkukuh...
PRN MELAKA: RAIS ZIARAH SENIMAN DONDANG SAYANG UZUR
SUNGAI UDANG 2 November - Pernah menghiburkan masyarakat menerusi alunan Dondang Sayang dan keistimewaan berpantun secara spontan, namun kini seorang...
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
