Rasai Makanan bertemakan ‘Madani’ di Holiday Inn Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA – Jangan lepaskan peluang menikmati Bufet Ramadan di Es. Sence Kitchen, Holiday Inn Melaka yang bertemakan ‘Madani Rasa’

Dengan pelbagai hidangan lebih daripada 100 jenis makanan antarabangsa dan makanan warga Malaysia, anda pasti puas hati berbuka puasa bersama keluarga di sana.

Keenakan menu sentuhan Ketua Cef hotel, Cef Mior Zulkifly, seperti pembuka selera, hidangan utama dan manisan memang tiada kompromi serta ditukar setiap lima hari , sekali gus memberikan aneka pilihan kepada pengunjung.

Antara yang mesti dinikmati adalah Kambing Golek, Nasi Ayam Panggang Madu, Laksa Pinang, Daging Semur, Ikan Patin Tempoyak dan aneka makanan laut .

Selain daripada makanan utama anda juga boleh merasai pelbagai pasta dan makanan Barat termasuk roti yang yang disediakan setiap hari.

Kedudukan di lokasi Holiday Inn Melaka yang strategik, berhampiran dengan Jalan Merdeka sejajar dengan tema Madani Rasa.

IMG20230324183917
KERABU Ayam Pantai Timur.

Hotel Holiday Inn Melaka juga menjadi tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.

Harga Bufet Ramadan di Holiday Inn Melaka adalah RM118 bagi dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak sah sehingga 20 April 2023.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau tempahan orang ramai boleh hubungi talian 06-2859110 atau layari laman web di www.melaka.holidayinn.com.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7952
Kongsi :
Previous post Suami, isteri maut, anak cedera kemalangan di Baling
Next post ‘Itu hak prerogatif Ketua Menteri’
Ubah saiz-+=