JAIM ambil tindakan segera isu kerusi, meja

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 16 Mei – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengambil tindakan dan menyelesaikan segera isu membabitkan murid tahun tiga sebuah sekolah rendah agama di daerah Jasin didakwa terpaksa belajar diatas lantai tanpa kemudahan kerusi serta meja.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, hal itu dalam pengetahuan beliau selain kelulusan bagi kelengkapan perabot sudah dikeluarkan.

“Dalam masa terdekat perkara ini (meja dan kerusi) akan selesai, tender yang dikeluarkan membabitkan semua sekolah di Melaka bukan hanya untuk sekolah itu sahaja.

“Sebagai makluman juga murid yang terpaksa duduk dilantai itu adalah murid yang ditempatkan di kelas tambahan yang baru dibuka.

“Keseluruhan ada 21 kelas di sekolah itu dan kesemuanya lengkap dengan perabot, namun terdapat pertambahan murid jadi kelas baharu terpaksa dibuka,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek berkata, dakwaan kumpulan murid itu belajar tanpa meja dan kerusi sejak lima bulan lalu tidak tepat kerana sesi persekolahan hanya bermula Mac.

“Bukan lima bulan kerana sesi persekolahan bermula Mac. Kebajikan murid adalah keutamaan dan fokus kami selain menjadi tanggungjawab menyediakan suasana selesa serta kondusif,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4849
Kongsi :
Previous post Persimpangan baharu, jalan alternatif di Pekan Pantai Belimbing
Next post MPJ kenal pasti pokok berbahaya, berisiko
Ubah saiz-+=