Persimpangan baharu, jalan alternatif di Pekan Pantai Belimbing

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DURIAN TUNGGAL 16 Mei – Pembinaan persimpangan baharu Pekan Pantai Belimbing bakal direalisasikan tahun ini bagi membantu penyuraian trafik di kawasan itu khususnya pada waktu puncak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, pembinaan persimpangan itu akan dilengkapi dengan lampu isyarat bagi memudahkan urusan pengguna yang melalui kawasan itu.

“Kita anggarkan peruntukan membina persimpangan ini adalah sekitar RM1 juta yang mana pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka memaklumkan tender projek akan keluar pada bulan ini dan selepas tiga bulan ia dikeluarkan, projek ini akan bermula.

“Dengan adanya persimpangan baharu ini, satu jalan alternatif dari Alor Gajah ke Durian Tunggal juga akan dibina.

“Sudah tentu simpang baharu ini dapat menyuraikan kesesakan lalu lintas selain mengelakkan kemalangan maut yang kerap berlaku di kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Zahari berkata persimpangan itu adalah laluan utama penduduk khususnya pada waktu pagi dan petang.

“Alhamdulillah bila kita kemukakan cadangan untuk membina simpang baharu ini, rata-rata penduduk memberi maklum balas positif kerana mereka sudah lama mahukannya,” katanya.

Terdahulu Zahari telah mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bagi memantau keadaan semasa di situ.

Lawatan itu turut disertai Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim dan wakil JKR Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2415
Kongsi :
Previous post Kejadian pertama buaya serang kambing – Perhilitan Melaka
Next post JAIM ambil tindakan segera isu kerusi, meja
Ubah saiz-+=