
Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan – Suruhanjaya Tenaga
Selain itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa memastikan alat pengesan kebocoran gas berfungsi dengan baik serta tidak meletakkan barang-barang yang panas di atas silinder atau membaringkan silinder gas ketika memasak.
Itu adalah antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas yang dikeluarkan ST hari ini sempena sambutan Aidilfitri memandangkan penggunaan elektrik dan gas dijangka meningkat ketika perayaan.
Dalam panduan keselamatan itu, ST turut meminta orang ramai untuk menggunakan peralatan dapur gas yang diluluskan dan mempunyai label keselamatan SIRIM-ST.
“Pastikan peralatan dapur gas dalam keadaan sempurna dan injap gas ditutup sekiranya anda pulang ke kampung atau meninggalkan rumah,” menurut ST yang menasihatkan orang ramai agar memastikan peralatan elektrik dalam keadaan sempurna dan tidak mengubah suai peralatan elektrik yang rosak. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...

