
Jangan percaya golongan antivaksin- Kamarudin
AYER KEROH 25 Mei – PAS Melaka menyeru semua lapisan masyarakat di negeri ini mengambil perhatian terhadap usaha kerajaan dalam memerangi COVID-19.
Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata, pelbagai usaha telah dijalankan, namun masih ramai tidak ambil peduli bahkan seolah-olah sanggup menunggu saat kematian.
“Kita jangan mempercayai anasir atau hasutan jahat yang anti vaksin, terutama yang tidak punyai kepakaran dan kelayakan untuk memberi komen serta pandangan.
“Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan lebih RM3 bilion untuk langkah pencegahan daripada merebaknya wabak COVID-19, tetapi sambutan agak mendukacitakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, setakat ini cuma 32 peratus sahaja daripada 32 juta rakyat Malaysia yang sudah mendaftar MySejahtera untuk menerima vaksin.
“Di Melaka pula setakat ini hanya 47 peratus yang sudah mendaftar. Lebih malang lagi apabila warga emas Melayu terlalu sedikit yang datang untuk menerima vaksin ini berbanding kaum Cina.
“Saya juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia khusus rakyat Melaka agar sahut saranan kerajaan supaya mengamalkan ‘self-lockdown’ dan jaga diri kita dan keluarga kita,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
